BENGKEL MATEMATIK 015/1
|
|
comments (1)
|
Program : Bengkel Teknik Menjawab Kertas Soalan Matematik Tahun 6 015/1
Tarikh : 26 Jun 2019
Tempat : Dewan Sakinah
Pada hari ini murid Tahun 6 bertuah kerana terpilih oleh Yayasan Pembangunan dan Pendidikan Malaysia yang telah berkongsi teknik menjawab soalan Matematik kertas 1 dengan mudah dan pantas. Bengkel ini dikendalikan oleh En Tharen dengan gelaran 'terran_mathemagic'. Beliau merupakan tutor Yayasan Pembangunan dan Pendidikan Malaysia. Kami guru sekolah terutama guru Matematik melihat bengkel ini amat berkesan dan menarik bagi murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Beliau menggunakan kaedah yang mudah, pantas dan sesuai difahami oleh murid terutama murid yang tidak menguasai topik Matematik.
KEMPEN MANNERVELLOUS
|
|
comments (0)
|
Program : Kempen Mannervellous
Tarikh : 25.06.2019
Tempat : Dewan Sakinah, SK Seri Hartamas
Team YES (Youth Etiquette School) telah turun ke SK Seri Hartamas untuk berkongsi ilmu kepada lebih 120 murid tahun 4 dan 5. Mannervellous adalah kempen memupuk sikap berbudi bahasa dan menggalakkan amalan MANNERS yang MARVELLOUS. Dengan adanya kempen ini, harapan pihak sekolah agar murid-murid SK Seri Hartamas menjadi insan yang mempunyai akhlak serta sahsiah yang tinggi di samping cemerlang dalam bidang akademik.
